Islam is Perfect
Wednesday, June 17, 2009
Makanan untuk ibu menyusu
Salam, ingin nak share dengan ibu-ibu lain yang teringin, sedang ataupun pernah menyusu bayi sendiri berkenaan petua untuk sentiasa memastikan susu ibu banyak dan cukup untuk beby nya. Bagi ibu yang berpengalaman menyusu, ada banyak faktor yang boleh mengurangkan kuantiti susu yang dihasilkan walaupun kita maintain menyusu beby kita setiap hari dan pada masa yang sama. Antara lain faktornya ialah psikologi.
Masa breastfeed my first daughter, Hanan saya hanya sempat menyusu dia selama 7 bulan. itupun kerana saya bekerja masaa umur dia 5 bulan dan dalam tempoh 2bulan itu saya agak sibuk dan merasa sukar untuk menyusunya semasa waktu kerja, since nak drive balik ke rumah, lepas tu kena patah balik ke tempat kerja. Situasi bertambah buruk dengan adanya masalah di tempat kerja. Jadinya, penghasilan susu berkurangan dan akhirnya Hanan terpaksa menyusu formula.
Jadi untuk anak ke-2 ni, Habib saya cuba pastikan agar dapat memberinya susu badan selama 2 tahun penuh ataupun lebih. Jika itu yang disampaikan oleh Allah Maha Pencipta dalam Al-quran, semestinya ada kelebihan dan sebab kukuh yang mana kita perlu ikut.

“… Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu” [al-Baqarah 2: 233]
Secara logik akal pun, kenapa Allah swt menyarankan kita menyusu anak untuk tempoh tersebut? Jarak umur 2 tahun adalah paling sesuai untuk memberhentikan penyusuan ibu kerana kanak-kanak di usia 2 tahun telah mula berdikari. Secara umumnya, kanak-kanak pada umur ini sudah pandai berjalan, mula berkomunikasi dengan sekeliling, boleh membawa diri dan mempunyai sifat pelindung kepada adik yang mungkin lahir lagi. Berbanding jika terlalu awal diberhentikan menyusu, pautan kasih antara ibu dan anak mungkin berkurangan terutama bagi yang bekerja dan si anak terpaksa berdikari di usia yang terlalu awal. Sementara pada usia yang melebihi dua tahun, dikhuatiri mungkin si anak akan menjadi terlalu manja dan sentiasa ingin berada bersama ibu, sehingga masih berada di ribaan walaupun sudah terlebih muatan!
Maka, untuk memastikan 'milk supply' ibu sentiasa cukup, kenalah mempunyai effort untuk sentiasa menyediakan jadual pemakanan yang baik untuk diri sendiri dan juga anak. Setelah membaca dari beberapa blog, artikel dan website yaang dipercayai, ditambah dengan pengalaman dan petua dari old folks, saya yakin bahan pemakanan yang saya sediakan di sini sangat baik untuk membantu mengekalkan jumlah susu yang cukup untuk si manja kita.
- Lobak putih/white raddish (very proven to most mom's i've recommended)
- brokoli
- kobis bunga
- halba (campur sedikit dalam nasi anda pun ok)
- betik dan daun betik muda
- kacang hijau (dibuat bubur)
- longan
- madu lebah asli (kalau boleh dibeli di pasar tani - yang dah dipek kat supermarket biasanya tak original)
- soy based product
- pegaga (ulam-ulaman lain pun bagus juga)
- peria (pahit so kena rendam dengan air garam dulu sebelum dimasak to less the bitter taste)
- jantung pisang
- jus buah-buahan cth: tembikai, lobak, honeydew
- AIR (yang ni memang kena ambil dengan banyak, kalau kita makan je pun tapi kurang minum, takut nanti diri kita yang akan dehydration. so, rajin-rajinlah minum air suam)
Insya Allah senarai ini akan ditambah masa ke masa untuk rujukan sesiapa yang ingin mencukupkan tempoh penyusuan dua tahun. Amalan pemakanan yang baik patut dipraktikkan kerana berdasar pengalaman saya sendiri selepas bayi kita berusia enam bulan, automatik susu ibu akan menurun jika tidak mengamalkan cara pemakanan di atas.
Labels: breastfeeding
posted by Rezy at 6/17/2009 04:09:00 PM

0 Comments:
Post a Comment
<< Home